Selasa, 23 Disember 2008

Kursus Kepimpinan JKM


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Pertamanya saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih boleh bernafas dan sebagainya.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman tentang kursus yang saya hadiri dan sertai iaitu Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa, Kediaman Siswa Jaya, Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur 2009.
Sebelum itu saya akan ceritakan serba sedikit tentang objektif dan misi kursus tersebut yang pada mulanya saya rasakan agak mustahil disebabkan kuantiti peserta yang sertai adalah kurang memuaskan.



Objektif utama kursus tersebut adalah :
1. Memberi pendedahan kepada para peserta tentang peranan dan tanggungjawab JKM Kediaman Siswa Jaya serta tatacara pengurusan aktiviti.
2. Merancang dan merencana aktiviti KSJ untuk semesta yang seterusnya.
3. memupuk semangat persefahaman dan memantapkan daya kerja berkumpulan

Misi Kediaman Siswa Jaya pula ialah :
1. Membina kualiti pelajar yang cemerlang.
2. Membina perkembangan akhlak dan disiplin.
3. Membina daya kepimpinan dan kemasyarakatan.
4. Membina perkembangan kecemerlangan ilmu.
5. Membina perkembangan kesihatan jasmani dan rohani.

Dengan apa yang kita lihat di atas, pada pendapat saya sebagai seorang peserta saya dapat mengucapkan sekalung TAHNIAH dan PENGHARGAAN kepada para penganjur iaitu HEP, Mantan JKM, & KSJ...kerana objektif dan misi yang diimpikan berjaya dengan jayanya sehingga diluar jangkaan saya. Di tambah pula aktiviti yang dilakukan amat memberi kesan sebagai seorang pemimpin yang diimpikan oleh setiap orang.




Kerjasama antara peserta pada mulanya agak kurang memuaskan dan kurang "sekepala" akhirnya dapat ditangkis satu persatu dengan aktivit yang dilakukan. Ini jelas menunjukkan aktiviti tersebut amat sesuai dijalankan dan bukannya sekadar ahli dan seeloknya melibatkan ramai lagi peserta.

Sekian sajalah buat masa ini...saya akan ceritakan tentang ini pada masa-masa yang akan datang... Sampai jumpa.....